MEDIA

PERKHIDMATAN

ANTARA PERKHIDMATAN YANG KAMI SEDIAKAN :

Klinik Penglihatan Optomedik

TANYA OPTOMEDIK

Hotline – 010 404 2194

Email – absoptomedik@gmail.com



FAQ

Jawapan:

1. Design clubmaster. Bahagian bawah adalah bulat dan bahagian atas potongan nya agak straight.

2. Gabungan bingkai segi empat tepat dan cat eyes. Ia tidak terlalu bulat dan tidak terlalu petak.

3. Boleh cuba bingkai yang bersaiz besar. Jika ambil bingkai yang saiz potongan nya kecil, muka akan lebih nampak panjang ke bawah.

Boleh lihat juga di bahagian gambar.

bingkai-clubmaster     

Bingkai Clubmaster  

 empat-segi-cat-eyes

Empat segi + cat eyes

#tanyaOptomedik

Jawapan:

Pemilihan bingkai kebiasaan nya akan berlawan dengan bentuk muka kita.

Contoh muka bulat sesuai dengan bingkai yang petak sedikit.
.
.
Bagaimana pula dengan bentuk muka segi empat?

Ada 3 pilihan yang Tuan/Cikpuan boleh cuba (boleh lihat pada gambar juga);

1. Yang bentuk seperti cat-eyes. Bentuk bucu hujung atas kiri dan kanan bingkai adalah lebih tajam.

2. Bentuk bulat. Bentuk bulat dapat seimbang kan wajah segi empat Tuan/Cikpuan.

3. Bentuk bujur. Bentuk bujur akan bantu menonjolkan bentuk muka Tuan/CikPuan.
.
.
Waktu pilihkan bingkai untuk pelanggan adalah waktu yang sangat penting.

Berdasarkan kajian, 80% pelanggan akan pilih bingkai yang sesuai dengan bentuk muka mereka.

muka-empat-segi   

Muka empat segibujur 

Bentuk bujur

rbulat   

Bentuk bulatcat-eye   

Cat eyes

Ada soalan lagi?

Boleh tanya pada tim #tanyaOptomedik

cikfad     cik-fad

Jawapan.

Ada beberapa pilihan pada CikPuan.

1. Cermin mata yang bertukar gelap automatik. Bila terkena cahaya matahari dia akan gelap, bila di dalam bangunan dia akan cerah kembali.

Kita nama kan kanta Transition.

2. Boleh cuba Sunglass yang ada power. Ada cermin yang di namakan Crizal Xperio. Khas untuk sunglass yang berpower.

3. CikPuan boleh juga pakai sunglass yang tiada power bersama contact lens.

4. Aksesori seperti ‘clip on’ di lekatkan pada depan cermin mata kita.

Sekarang orang rabun boleh bergaya juga kan ?.

#tanyaOptomedik
.
.

transition

Jawapan

Untuk pengetahuan, cermin hadapan kereta pada masa kini dilengkapi dengan lapisan ‘tinted’ yang dapat menghalang dari sinaran UV.

Jadi apabila kita memakai cermin transition di dalam kereta, bahan kimia yang bertukar gelap pada cermin mata tidak akan menunjukkan tindak balas kerana sinar UV dari luar kereta dihalangi oleh lapisan pada cermin kereta tersebut.

Cermin transition akan aktif dan bertukar gelap hanya dengan kehadiran sinar UV.

Walau bagaimanapun, terdapat satu jenis transition yang dipanggil Transition EXTRActive yang bertindak balas dan sensitif kepada cahaya. Ia menyebabkan kanta bertukar sederhana gelap apabila berapa di dalam kereta.

Kelebihan Transition EXTRActive:

1) Menggabungkan teknologi polarisasi yang menapis cahaya silau dan memberikan keselesaan kepada pemakai ketika memandu.

(Kadar kegelapan cermin di dalam kereta sebanyak 25%).

2)Mengurang rasa penat mata.

3) Perlindungan 100% daripada sinaran UVA & UVB dan silau di bawah cahaya matahari terik.

(Kadar kegelapan cermin di bawah cahaya terik, 78%).

4)Memberi perlindungan dan keselesaan kepada mata daripada cahaya biru dari gadjet dan cahaya lampu.

(Kadar kegelapan cermin di dalam bangunan 3%).

Gambar: Perbezaan Transition 7 vs Transition EXTRActive.

tnyoptom

Jawapan:

Warna biru tu adalah lapisan anti-silau pada cermin tersebut.

Lapisan anti silau ni berbeza ikut syarikat pengeluaran.

Tidak semua cermin ada lapisan ‘blue-coat’. Ada yang warna hijau gelap, hijau pucuk pisang, ungu dan lain-lain lagi.

Ada 3 jenis cermin yang ada akan nampak lapisan biru ni;

1. Cermin daripada syarikat Hoya. Syarikat Hoya yang berpengkalan di Jepun.

2. Cermin yang ada lapisan perlindungan dari komputer.

Lapisan biru berfungsi untuk tapis cahaya biru yang keluar dari gadget.

Supaya mata kita terlindung dari penyakit seperti AMD dalam jangka masa yang panjang. (Saya akan cerita lebih lanjut tentang ini pada post akan datang).

3. Cermin photogray atau cermin automatik gelap tahap kedua.

Anti-silau yang biru tu adalah dari proses pembuatan cermin tu sendiri.
.
.
Dah semakin ramai yang pakai cermin nampak anti-silau biru ni.

Tips dia waktu selfie, cari angle yang paling kurang nampak biru ?

**Gambar contoh lapisan anti silau warna biru keunguan.

#tanyaOptomedik

Pendapat saya, beli contact lens ibarat seperti beli kereta.

Sebelum beli kereta, kita perlu tahu macam mana nak pandu kereta. Mana nak pegang stereng dan gear. Bila masa nak tekan brek dan tekan minyak.. Gitu..

Kalau contact lens, kena tahu macam mana nak pakai, bila masa boleh pakai dan had masanya.

Bila dah ada lesen, baru berani nak pandu ke mana-mana kita mahu. Nak bawa laju atau perlahan bergantung pada kita.

Ada masa, kita memang dah bawa ikut had laju. Sebab tak mahu kena saman dan nak elak kemalangan. Amat hati-hati masa atas jalan. Polis traffik memang suka orang macam anda!

Begitu juga pemakai contact lens. Perlu hati-hati. Amat penting untuk jaga kebersihan tangan dan tempoh pemakaian. Terutama semasa pakai dan keluarkan dari mata. Ini untuk elakkan risiko jangkitan kuman ke dalam mata.

Ibarat masa kita bawa kereta. Peraturan semua dah ikut tapi ada orang lain langgar pula. Alamak! Bukan salah kita pun. Sudahnya, ‘bumper’ kereta kita juga yang kemek dan calar.

Kes begini juga ada berlaku dalam contact lens. Walaupun pemakai sangat jaga kebersihan, namun mata tetap terkena jangkitan. Kalau nak tahu, orang yang hanya pakai cermin mata sahaja pun ada kena tapi jarang.

Yang penting, sebagai pemakai ‘contact lens’ yang berhemah, ikut tata cara yang betul. Demi kebaikan mata anda juga.

Apa-apa pun, ‘contact lens’ adalah pilihan sangat baik kepada individu yang kurang gemar pakai cermin mata. Ikut kepada aktiviti individu tersebut.

Apa yang perlu anda buat sebelum guna ‘contact lens’?

Dapatkan nasihat daripada individu bertauliah berkenaan kesihatan mata anda dan jenis-jenis ‘contact lens’ yang sesuai. ‘Power’ pun biar betul ya.

Sayangi mata anda 🙂

Nak tahu lebih banyak info berkaitan mata, boleh ‘like’ dan ‘follow’ page ABS Optomedik Centre Ipoh. Jumpa anda di sana ya 🙂

#ABSOptomedik
#MeruRayaIpoh
#tanyaOptomedik
Harap dapat membantu 🙂

soalan-cikfadh

Jawapan:

Soalan yang bagus Puan. Ramai yang bertanyakan tentang soalan ini.

Banyak faktor punca kepada rabun. Ada 3 pendapat yang popular yang saya mahu kongsikan,

1. Banyak dengan kerja pada jarak yang dekat. Contohnya aktiviti membaca.

Istilah lain nya ‘bookworm’.

2. Kurang aktiviti luar. Banyak dengan aktiviti main game dan komputer.

Memang sudah jadi trend sekarang.

3. Keturunan. Mengikut genetik dalam sejarah keluarga.

Dalam kajian memang ada faktor keturunan. Tetapi perkara ini subjektif.

Ada orang rabun sebab faktor main gadget.

Ada orang ibu bapa nya tidak rabun tapi anaknya sudah mula pakai spect pada usia muda. Power nya hampir seribu.
.
.
Sesetengah perkara kita perlu fokus kepada solusi nya.

Saya kongsikan sedikit tips;

1. Jika anak-anak ada mengadu tak nampak, kadang-kadang sakit kepala, mengantuk apabila belajar, bawa mereka untuk cek mata.

2. Jika disahkan anak sudah mula ada rabun jauh. Ibu bapa perlu galakkan untuk pakai cermin mata sentiasa.

3. Dalam setahun paling kurang sekali bawa untuk pemeriksaan mata. Paling baik 6 bulan sekali.
.
.
Perkara ini penting untuk elak power naik mendadak.

Selain tu nak elakkan anak-anak dapat ‘lazy eyes’ atau mata malas.

Mata malas keadaan yang tidak dapat dibantu dengan power lagi. Perlu ada terapi untuk lihat dengan lebih jelas.

Semoga usaha Ibu bapa pada hari ini dapat memberi kesan yang terbaik untuk masa depan anak-anak.

Kerana 80% proses belajar adalah melalui mata.

#tanyaOptomedik

periuk-nasi

 

Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah cikpuan.

Berdasarkan cerita cikpuan, apa yang boleh dilakukan adalah :

1) Alirkan air paip pada permukaan kanta cermin mata tersebut.

2) Guna syampoo atau sabun bayi. Buat ia berbuih dan gosok perlahan pada permukaan kanta.

3) Bilas guna air bersih hingga buih tiada.

4) Lap kanta hingga kering guna kain mikrofiber.

Lihat semula pada kanta jika berjaya dibersihkan.

Jika masih sama seperti sebelum dicuci, ada kemungkinan bahawa lapisan antisilau kanta tersebut telah rosak disebabkan wap panas daripada periuk nasi tersebut.

Biasanya, jika lapisan antisilau sudah rosak, lap dengan cara apa sekali pun ia tidak dapat dibersihkan. Melainkan tukar kepada kanta yang baru.

Harap dapat membantu.

“Saya sudah pakai cermin mata sejak umur 10 tahun.

Bila meningkat usia power saya semakin tinggi.
Bagaimana untuk ‘control’ power mata dari naik mendadak.” – Cikpuan A
.
.

Soalan yang sangat baik cikpuan. Ramai juga ingin tahu jawapannya 🙂 Saya kongsikan ya.

Terdapat cara atau tips yang boleh kita usahakan agar ‘power’ mata tidak naik mendadak.

Antaranya adalah dengan elakkan mata kita dalam keadaan stress.

Apa yang buat mata stress?

1) Jarak baca buku atau pegang ‘handphone’ terlalu dekat dengan mata.

Ibarat tenaga kerja jadi dua kali ganda berbanding lihat jarak jauh. Mata akan lebih cepat penat.

2) ‘Online’ atau menghadap gajet dalam tempoh terlalu lama.

Mata ‘dipaksa’ menumpu pada satu jarak dan kekal begitu. Alih-alih sudah 2 jam masa berlalu tanpa sedar. Tidak sempat mata berehat.

3) Main ‘handphone’ dalam keadaan sekeliling gelap.

Hanya satu sumber cahaya menerangi mata pada saat itu. Kesannya, mata jadi ‘sibuk’untuk kawal cahaya tersebut daripada terlebih masuk ke dalam mata.

4) Pakai cermin mata yang ‘ter’lebih ‘power’.

Extra ‘power’ ini beri beban kepada mata. Tanpa diundang, mata menjadi stress kerana perlu kerja lebih dari sepatutnya.
.
.
Proses ‘power’ meningkat berlaku secara tidak lansung (indirect). Ia berlaku secara senyap.

Bukan hanya sehari atau seminggu, tapi selepas berbulan-bulan mata stress begitu, baru nampak kesan ketara. Iaitu ‘power’ naik mendadak.

Oleh itu, cuba kawal stress mata. Ia suatu tips untuk masa depan anda.

Sebarang soalan berkenaan kesihatan mata dan cermin mata, boleh ajukan pada kami. Untuk temu janji pemeriksaan mata boleh hubungi 019-4727963.

ABS OPTOMEDIK IPOH
No. 15, Jalan Meru Bestari A6,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh,
Perak.

Setiap kali buat cermin mata baru, mesti terfikir nilai cermin mata lama. Maksudnya kalau ‘power’ sama ok la boleh pakai lagi.

Tapi kalau ‘power’ dah beza, apa boleh buat dengan cermin mata lama ni, nak pakai dah tak valid. Boleh jual ka? Ada nilai ka? ” – Puan NS dari Kedah.

Terima kasih kerana sudi bertanya puan yang baik 🙂

Ya benar puan, jika ‘power’ masih sama, boleh pakai lagi cermin mata tersebut.

Kalau sudah berbeza, Ini antara cadangannya:

1) Simpan buat ‘spare’.

Jika cermin mata baru kita ter’kemalangan’, kita ada ‘back up’. Antaranya kes seperti terpatah kaki bingkai. Ataupun kanta tercabut keluar dari bingkai sebab terjatuh. Sekurang-kurangnya ada penyelamat sementara ia dibaiki atau ditukar baru.

2) Guna bingkai semula (reuse) pada masa akan datang.

Jika bingkai cermin mata masih baik, ia boleh digunakan lagi. Hanya tempah kanta sahaja nanti. Namun bergantung kepada praktis optikal sama ada sesuai atau sebaliknya. Biasanya, tiada ‘warranty’ jika bingkai tidak tahan lama selepas ditempah.

3) Simpan buat kenangan

Setiap cermin mata yang ditempah ada nilai khas tertentu buat setiap individu. Kadang-kadang ia menyimpan seribu satu makna. Sayang ditinggalkan begitu sahaja.

Penambahan info, setakat ini cawangan kami belum pernah terima ‘trade in’ jual cermin mata lama.

Biasanya bila cermin mata sudah ditempah, ia memang ikut mata kita. Agak sukar nak jumpa ‘kembar’ sama ‘power’ . Tambah-tambah yang ada ‘power’ silau dan berbeza ‘power’ kiri dan kanan.

Walaupun kita rasa cermin mata lama sudah tidak boleh dipakai, namun pada saat-saat genting, ia sangat berguna.

Harap dapat membantu puan 🙂

Apabila memakai cermin mata baru, tiga perkara yang akan berlaku kepada sistem mata kita :

1. Perlu belajar semula untuk anggarkan jarak dengan power baru.

2. Perlu biasakan dengan kedudukan baru cermin mata di wajah(jarak cermin dengan mata, saiz kanta, dan tinggi dari centre cermin).

3. Cara bola mata bergerak (secara berpasangan) dengan bahan kanta yang baru dan power yang baru.
…..

Daripada 3 perkara ini, otak perlu belajar semula untuk set-kan semula ‘cara kerja’. Ia bertujuan supaya sistem penglihatan kita dapat bekerjasama dengan cermin mata baru.
…..

Jika rasa bergoyang-goyang imej yang Tuan lihat, ikuti tip ini :

1. Kerapkan pejamkan mata sehingga 15 saat bila mula rasa penat. Lebih lama lebih bagus. Supaya semua sistem dapat berehat sebentar. Kalau tertidur pun tidak apa.. 🙂 ..

2. Buka cermin mata sebentar. Urut-urut sedikit dibahagian keliling bola mata. Terutamanya dikawasan kening.

3. Kurangkan menjeling. Jika membaca atau guna komputer, pastikan ia di hadapan kita. Bukan di sisi sambil kita menjeling.

4. Jika lebih dari seminggu, berjumpa semula dengan Optometris anda. Tentu ukur power, adjustment kedudukan cermin mata di wajah, dan khidmat nasihat cara kerja aktiviti harian kita.
…..

Apa yang paling penting?

Cermin mata baru tidak ganggu tempoh masa kita buat sesuatu kerja. Contoh dulu baca novel boleh sampai 2-3 jam. Tapi pakai cermin mata baru, 30 minit sahaja boleh baca. Lepas tu mula sakit kepala hingga bebola mata rasa nak terkeluar!

Kenapa?

Ia tanda cermin mata yang telah diganggu akan pakej sistemnya. Juga tanda power yang berlebihan. (Walaupun pada masa itu kita dah tidak rasa bergoyang-goyang lagi).
…..

Cermin mata antara alat ciptaan yang paling meluas digunakan. Biar fesyen dan ilmu kita tentangya bergerak secara seiring.

“Menjayakan Impian Pemakai Kacamata.”

Terima kasih kerana bertanya puan.

Ya benar, memang ada individu yang apabila diperiksa matanya pada jarak jauh, semua jelas. Ada beberapa individu akan rasa sukar bila mahu menulis (jarak yang dekat).

Antara punca mengapa anak kita rasai sukar menulis seperti rakannya yang lain…

1) Kedua mata tidak dapat bekerja sebagai satu unit.

Lihat perkataan ‘ibu masak’. Sebelah mata lihat ‘ibu’ dan sebelah mata yang lain lihat ‘masak’. Perlu ambil masa untuk membaca dan menyalin.

2) Tidak boleh bertahan untuk kekalkan kejelasan tulisan.

Prestasi mata lihat dekat perlu kuat, agar tulisan kekal jelas. Tambah-tambah lagi dalam suatu tempoh masa yang lama. Apabila lemah, akibatnya tulisan pada jarak dekat nampak kabur. Tumpuan melalui terganggu.

3) Rabun tersembunyi yang tidak dibantu. Hanya boleh diuji dengan teknik khas.

Rabun ini selalunya mengganggu pada jarak dekat walaupun penglihatan jelas pada jarak jauh. Biasanya kes ini terjadi pada individu jenis bola mata yang pendek (dari saiz yang normal).

Mata tidak mampu betulkan fokus dengan keupayaan sendiri apabila telah ‘hilang tenaganya’. Perlu bantuan luar seperti pemakaian cermin mata untuk membaca.
.
.
Kadangkala, suara anak tidak kedengaran mengadu. Tapi tindakan anak telah lama ‘berbicara’. Ada sesuatu tidak kena pada mata..

Sebaiknya, dapatkan pemeriksaan mata daripada Optometris berpengalaman untuk mengetahui punca mengapa mata kabur semasa membaca.

Sebarang soalan berkenaan kesihatan mata dan cermin mata, boleh ajukan pada kami. Untuk temu janji pemeriksaan mata boleh hubungi 019-4727963.

ABS OPTOMEDIK IPOH
No. 15, Jalan Meru Bestari A6,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh,
Perak.

Acanthamoeba keratitis sejenis infeksi yang terjadi pada mata jika menggunakan air paip, air masak, air mineral atau air tapisan sebagai pencuci kanta.

 

“Cuci dengan air masak jela la. Dah jerang dah tadi mesti dah mati kuman dia kan.”

Tanya la mana-mana pemakai kanta sentuh pasti pada mulanya pernah berfikir sebegini.

Air minuman seperti air tapisan, air mineral atau air yang dijerang walaupun selamat diminum dan bersih tetapi ia tidak selamat dijadikan sebagai medium pencuci kanta sentuh.

Air-air ini mengandungi mikroorganisma yang dinamakan Acanthamoeba yang tidak akan mati walaupun dimasak pada suhu 100 darjah celcius.

Begitu juga pada air tapisan. Mikroorganisma ini tidak boleh ditapis.

Jika mikroorganisma ini melekat dan terperangkap pada permukaan kanta sentuh, ia akan menyebabkan infeksi pada mata.

Walaupun beberapa saat atau minit kanta direndam dalam air, mikroorganisma ini tetap melekat pada material kanta seterusnya akan berpindah pada mata.

Infeksi yang disebabkan kurang penjagaan dari segi kebersihan kanta sentuh akan menyebabkan kecederaan pada bahagian hadapan mata (kornea) dan menjadi asbab kebutaan.

Air-air ini tidak mempunyai kandungan garam seperti air mata, jadi bacaan PH nya tidak dapat dipadankan dengan bacaan acidic pada air mata.

Disebabkan perbezaan neutraliti ini, kanta sentuh akan berubah bentuk dan melekat ketat pada permukaan kornea.

Pandangan akan menjadi kabur dan tidak selesa.

Gunalah cecair pembersih yang sesuai agar kanta sentiasa berapa dalam keadaan bebas dari mikroorganisma yang berbahaya pada mata.

Jika ada pertanyaan tentang isu ini, kami sudi menjawabnya. Talian hotline ABS Optomedik Taiping : 013-4417963.

CAWANGAN

Berikut adalah senarai cawangan Kumpulan Kedai Optometri ABS OptoMedik:

ABS Optomedik KK (Rizal Optometris)
No 63, Jalan Dato’ Maharajalela, 33000 Kuala Kangsar, Perak.

05-7701461

ABS Optomedik Klebang (Rizal Optometris) 
No 22, Laluan 2, Medan Klebang Restu, 31200 Chemor, Perak.

05-2910170

ABS Optomedik Taiping (Rizal Optometris)
No 11, Jalan Medan Saujana Kamunting, Medan Saujana, 34600 Kamunting,Perak.

013-4417963

ABS Optomedik Meru, Ipoh
No. 15, Jalan Meru Bestari A6, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak.

019-4727963

 

ABS Optomedik Parit Buntar

19, Jalan Merbok 1, 34200 Parit Buntar Perak 

017-6706782  

ABS Optomedik Bertam
No 11, Persiaran Seksyen 4/12, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

011-11882214

ABS Optomedik Puncak Jalil, Seri Kembangan

No 167-G, Jalan PUJ 3/9, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

03-8999 4555

 

ABS Optomedik Saujana Utama

NO 35 G Jalan Bidara 8, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor

03 – 6038 3587

ABS Optomedik, Klang

No 218 , Jalan Sg Bertik , Teluk Pulai , 41100 Klang, Selangor

03 – 3370 1902

Astana Optometri Paka, Terengganu
Lot A190 Tingkat Bawah Pusat Niaga Paka, Paka Malaysia

09-827 0868

IRIS OPTOMETRY

159G, JALAN TAMAN KOMERSIL 1, TAMAN KOMERSIL SENAWANG, 70450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

06-6787087

BACK